Suamiku,kenapa kau selalunya melafazkan tentang kematian,tidak kah kau sedar yang aku akan kau tinggalkan sekiranya kau tiada lagi didunia ini.
Di mana harus ku pergi sekiranya kau tiada lagi.Berilah peluang untuk kita hidup bahagia dan menikmati erti kesenangan kelak.
Tahukah kau setiap kali kau melafazkan perkataan itu hati ini akan selalu berkata-kata,setiap kali kau melangkah kan kaki untuk mencari rezeki aku sentiasa risau akan dirimu,entahkan balik entahkan tidak.
Diri ini tidak sanggup melihat pemergian mu.Biarlah aku pergi dahulu sebelum mu.Kau terlalu bermakna bagi anak-anak.
Setiap kali kau mengatakan sekiranya kau tiada lagi didunia ini,jagalah kesihatan,jaga anak-anak,jangan terlalu banyak buat kerja,jangan fikirkan orang lain,lebihkan diri sendiri dulu,walaupun abang tak meninggalkan sebarang harta tapi ingat abang pernah memberi cinta yang tulus dan ikhlas ....
Kau tau tak hanya ALLAH sahaja yang tau bertapa pilunya hati ini mendengarnya,Aku seperti tidak mengendahkan sahaja percakapan itu.
Ketika anak-anak dan dirimu sedang nyenyak tidur,aku selalu memikirkan kehidupan anak-anak kita yang sedang membesar tanpa BABAH mereka..
Setiap kali aku mengadap ALLAH setiap kali itulah aku mendoakan kesihatanmu.
Memang setiap mahluk di dunia ini akan mati tapi kematian kita hanya ALLAH sahaja yang tau.
Wednesday, September 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment