Tuesday, April 20, 2010

My Dear Zalia

My princess,

I wanted to take this moment right now to tell you about something on my mind and in my heart. This year, 2010, is my revolution year, which means moving and shaking the world with every step, and not holding back. Not hanging onto fear. So I am telling you about something very important.
I don’t think it is possible that I could love you any more than I do. You are so dear and special to me, and dear and special don’t even begin to cover what is in my soul. The thought of you brings tears to my eyes, just because of how meant to be it was for you to come to us. The angels definitely delivered you to our door, that is for sure! You are a true gift from heaven. And, I absolutely adore being a mom, being your mom. I loved being your mummy, for sure, but being a mom is pretty swell also.
Going from mummy to mom one year ago, when you ar little one it was a very difficult transition for me. You were insistent that because you were getting older, you could no longer call me me; that was too immature for you. I was crushed; not because it hurt me in someway. It reminded me how much you were growing up. Too fast for me, no matter how slow at times the years have gone.

I love you my angel

Wednesday, January 27, 2010

Akhirnya Penantianku Berakhir


Kurniaan tuhan yang aku tunggu-tunggu telah lahir kedunia...Inilah dia Putera Keduaku Zaim Aqeel Zahari.Dilahirkan pada 23.1.2010 jam 5.16am seberat 3.2kg...Selama 2jam aku menahan saki dan 11minit bertarung nyawa akhirnya yang ditunggu telahku lahirkan...Tidak sabar rasanya aku untuk berjumpa dengan suamiku yang tersayang..Dengan senyuman dan satu kucupan didahi , air mataku mula mengalir tak tertanggung sebak didada..
Setelah suamiku mengazankan Zaim aku lihat air matanya mengalir dengan pantas dia mengesatkan air matanya untuk berpaling kepadaku...Apalah yang suamiku fikirkan lagi...
Memang banyak dugaan yang aku dan suami tempuh sepanjang aku mengandungkan Zaim tapi setelah melihat muka Zaim tiba-tiba semua masaalah itu hilang seketika..
Ya Allah Kau Berikanlah Aku Dan Suamiku Kekuatan Untuk Kami Meneruskan Kehidupan Kami Kelak...

Monday, January 18, 2010

Mummy Bangga Dengan Kakak

Dah dekat 2 minggu Puteri Sulungku Ke sekolah.Alhamdulillah dia boleh membiasakan dirinya di sekolah..Zalia cepat tangkap dengan pembelajaran disekolah..Cikgu dia kata Zalia nie berani kedepan...Ikut siapa agaknyakan..x takut..
Aku memang mengharapkan agar anak aku boleh menjadi anak yang di segani oleh masyarakat...Pernah satu hari dia bertanya..."Mummy HAKIM tu aper...Keje dier cam mane....
Aku hanya terangkan padanya yang HAKIM tu lebih besar jawatan dia dari peguam.HAKIM lagi banyak gaji dia dari PEGUAM.Nak jadi HAKIM kita kena betul2 adil dengan keputusan yang kita buat.HAKIM betul-betul mencabar..Kalu nak jadi HAKIM kita kene belajar sungguh-sungguh.Untuk dijadikan contoh "Mcm kawan atok ayah yang kereta dia besar tu" dalam pada masa yang sama dia berpikir....Oh! HAKIM tu bos PEGUAMlah maksudnya kawan atuk ayah tu bos busu...Terpaksalah aku mengiakan supaya dia faham.

Kakak mummy betul-betul mengharapkan agar kakak dapat membantu adik-adik kakak kelak dengan hati yang ikhlas.

Friday, January 1, 2010

Fobiaku memnjadi-jadi

Aku masih fobia dengan melangkahnya anakku yang sulong ke tangga persekolahan..Aku jadi binggung dan khuatir macammana nak mengaturkan ankaku ini...Boleh ke dia menyusaikan dirinya di sekolah,dulu sekolah kecil sekarang sekolah besar.Perasaan takut aku masih tak boleh hilang...Aku buntu untuk memikirkanya.Tentang makan pakai aku tak kisah...Yang aku kisah pengurusan dirinya di sekolah nanti...Sebab aku tak pernah membiarkan dia bermain mahupun membiarkan dia seorang diri dimana-mana.Memanglah kawan ramai tapi...entahlah...sebab dia perempuan..Ya Allah kau jagalah keselamatan anakku Zalia Ameera ketika dia di sekolah dan ketika pulang ke sekolah...Berilah kekuatan padanya agar dia boleh menjadi seorang pelajar yang bijak,pintar,rajin dan beriman kelak..

Wednesday, December 9, 2009

Apa Nak Jadi?

Dunia yang penuh dengan muslihat.Kita tidak kenal lagi yang mana keikhlasan dan yang maner penipuan.Dah banyak contoh aku tengok,bukan dari drama,bukan dari filem tapi dari kehidupan harian yang tengah kita tempuhi.Penghasut,kepura-puraan semuanya telah terbukti.Bukan seorang dua yang berkata malah ramai . Tak perlu aku sebut atau aku tunjuk penilai-penilai yang bertauliah ader die mana-mana.

Aku pun tak paham kenapa benda macam nie akan aku tempuhi lagi.Tapi aku tak kisah dan tak endah dengan respon penyebab angkara.Sebab aku dah lalui ini semua sebelum ini.

Aku tak pandai berpura-pura mahupun berlakon depan orang.Aku adalah aku . Hati dan perasaan x boleh dipaksa..sekali diusik x mungkin memaafkan.Aku tak suka berpura-pura untuk menjaga hati orang,aku bukan keras hati tapi itulah aku.Hidup dalam kepura-puraan x dapat menyelesaikan permasaalahan hidup.

Benarkah penghasut selalunya akan berjaya menjalankan tugasannya setelah pergaduhan berlaku.Tapi kenapa penghasut tak berani bersuara bila cetusnya pergaduhan..sungguh aku tak paham.Dunia2.

Tuesday, October 20, 2009

Lumrah dan Kehidupan

Bila kita fikirkan tentang kehidupan memang banyak yang kita perlu tempuhi untuk menjaga hati dan perasaan manusia di sekeliling kita.Kadang-kadang seseorang itu lupa dengan kata-kata yang dilafazkan dari mulut mereka sendiri kerana kata-kata itu datang nya dari hati dan bukannya dari kepala yang memberi amaran agar jangan dikeluarkan kata-kata yang akan melukai dan dilukai orag lain.Tapi dari satu kongsep plak org tak suka pada org yang suka hanya bercakap dibelakang sedangkan dialah adalah dalang dalam sesebuah cerita.Walaupun dianya hanyalah watak yang agak tidak kecil dalam cerita itu.
Kenapa mesti bercakap dibelakang dan kenapa tak keutarakan keserabutan di hati agar puas di hati...

Tak perlu nak menjaga hati orang lain sekiranya orang lain juga x mahu menjaga hati kita.Pengorbanan yang memamg org tak akan hargai kerana dengan pengorbanan yang ala bodoh itu hanya lah laluan mata sahaja.

Apa perlu menangis sekiranya ianya bukan nya dari hati yang ikhlas dan tulus dari jiwa yang bersih...Apa perlu berselindung dan senyap tanpa mengeluarkan kata-kata yang sepatutnya dari diri sendiri.

Kehidupan memanglah mainan duniawi...Ya Allah Kau Berikanlah Petunjuk Kepada Saudara Saudariku di Dunia ini.....Sesungguhnya kau yang MAHA mengetahui
Apabila Nafsu Melampaui Kemampuan
"Jika kau merasakan diri kau adalah benar, Mengapa perlu bertanya dari suara insan lain sedangkan kau ada jawapannya"
Situasi di atas mengungkai satu cerita yang agak menarik untuk dibincangkan pada tajuk kali ini iaitu 'bila nafsu tinggi dari kemampuan'. Hal ini melibatkan 3 situasi yang kompleks tetapi pada dasarnya cerita ini hanya satu kes yang biasa. Mungkin inilah yang dikatakan 'hidup ini akan menjadi mudah jika kita menganggap ianya mudah dan hidup ini boleh menjadi rumit jika kita menganggap sedemikian'.
Bagi orang, hidup ini ringkas dan ringan jika kita tahu bersyukur dari segala apa yang telah diberikan untuk kita. Tidak kah kita terfikir bahawa 'Allah SWT memberikan kita apa yang kita LAYAK dapat'.. Bukankah Dia maha mengetahui kerana Dia yang menjadikan kita ? Jika masih susah untuk kita faham, cuba kita imbas kembali dan nilaikanlah diri kita sendiri dari segala perbuatan yang pernah kita lakukan. Adakah perkataan BERBALOI hanya akan dipakai apabila berhadapan dengan 'hadiah-hadiah' yang istimewa ? Mengapa BERBALOI itu tidak diletakkan pada 'balasan' yang menimpa kita ?.
Tiga situasi yang dimaksudkan orang adalah, situasi 1- Sebagai suami isteri yang sering bertelaga untuk menyatakan dan membuktikan siapa diantara mereka yang lebih baik, mulia, dan amanah, Walhal mereka tidak pernah melihat kelemahan diri untuk diperbaiki. Bukankah dengan 'berbincang' dari hati ke hati, rumahtangga dapat dicegah dari perpecah-belahan antara fahaman dan hubungan ?
Situasi ke2 - Apabila sahabat mengharapkan yang terbaik dari sahabatnya sedangkan dia sendiri pun tidak memberikan 'kesan' yang baik sebagaimana yang diharapkan dalam perhubungan. Dia (sahabat) sering meminta 'pandangan' yang kononnya untuk memperbetulkan keadaan bagi membina dan merubah keadaan tetapi malang yang mendukacitakan apabila 'pandangan' yang diharapkan itu sebenarnya adalah suatu ’sokongan’ yang boleh membawa kepada kepincangan. Ingin orang tegaskan, jika seorang kawan hanya membawa kepada KEMUSNAHAN, itu bukanlah dianggap sebagai kawan tetapi LAWAN. Kerana hadir seoarang kawan adalah untuk menerima kita dalam susah dan senang.
Situasi ke3, Apabila berhadapan dengan insan yang suka menjaga tepi kain orang tetapi kain sendiri yang terlondeh. Mengapa ingin menjadi insan yang ayik mencari maklumat peribadi orang lain sedangkan hal sendiri belum pernah habis-habis ’kecewa’ ?. Adakah kita ingin dikenali sebagai insan yang 'berwajah cantik tetapi bermulut besar ?' atau 'kononnya berstatus tinggi tetapi berpesonaliti rendah ?'
Jika kita merasakan kita adalah SEMPURNA dalam semua sudut, maknanya kita akan menghampiri satu lembaran kehidupan yang dikenali sebagai KESUNYIAN. Kerana insan-insan yang sempurna tidak mempunyai ’warna’ dalam kehidupan mereka. Bukankah masalah datang sebagai ’Warna’ kehidupan ? Cuba bayangkan hidup kita sebagaimana yang kita impikan, mungkin kita akan mencari erti AIR MATA dan SENGSARA. Fikirlah! Kita yang memilih jalan hidup kita maka kita WAJIB bertanggungjawab ke atas itu.. Jika kita tidak pernah puas dengan kehidupan kita maka inilah yang dinamakan "nafsu lebih tinggi dari kemampuan" kerana tidak pernah ingin bersyukur dengan pemberian Allah SWT.
Ingatlah ! Esok masih ada.. Sejauh mana pun kita lari tetapi masa tetap mengejar kita dan 'masalah' pasti melanda selagi kita bergelar MANUSIA..